Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Kad Raya lagi...


Tahun ni memang bertuah..
Dapat kad raya lagi...
Dapat dua ari nih..
x sangka tau...Populor gak..
hehe

Kad raya yang di beri oleh ;


Terima kasih banyak2 aku ucap kan pada korang berdua.
Susah2 je hantar kad raya kat aku..
Tahun depan aku balas balik k..hehe..
Yang special nye dua2 kad raya versi gmbo sndri..
Caya lah...
Lagi satu, yang dusun bagi siap ader rm1 lagi..
Dah dpt dah duit raye..hehe..
thnx byk2..
Jasa korang di kenang...

=)

Wednesday, August 24, 2011

Surat Dari Siapa??


*tottottot3~~Sebuah motor berhenti di hadapan rumah ku. Masa tu aku sedang sibuk mengemas rumah,aku sempat menghendap dari pintu..

"Oh..Posmen rupa nya...",aku monolog sendirian..

Posmen itu terpaksa turun dari kenderaan untuk meletak kan surat ke dalam peti surat rumah ku.
Posmen itu berlalu ke rumah-rumah selanjut nya. Aku terus mendapat kan surat-surat tersebut.

"Perghh...Banyak gak surat hari ini.".Di satu surat,aku berhenti sejenak untuk membaca.

"Faiz Asyraf??wow..Kad raya nih",aku terasa gembira waktu tu..Ni lah first time aku dapat kad raya dari posmen..

Aku terus koyak.."Ada pantun,menarik..",Aku membaca dengan tekun nya...

"Lor...Kad raya pun ader teka-teki ke??",seraya ku berkata..

Sampai sekarang masih dalam teka teki..

Walau sapa pun yang hantar,dia dapat menggembira kan aku seketika..Terima Kasih =)



p/s Damia Suni,ko ker???

Monday, August 22, 2011

Satu

~Picture Of Myself~

Sape nih??hehe
Ni lah Muhammad Faiz Asyraf bin Bahrudin
Pic nih mase aku kat form 4..
Memang xpandai berfesyen,.,
Skola laki kan??Dtg skola slekeh pun sape nak kisah kan??haha.
Rambut kusut2 masai,.

Beza x aku yg dulu n skg??
Hanya anda yang dapat menilai

10 day challenge

Dengan ini aku mencabar diri aku ini..
Cabaran dlam masae 10 hari..
Try2 je nih..
Amek kat si gadis cilik ni =)




Friday, August 19, 2011

Puasa

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl




Salam sume yang di rahmati sekalian.

aku mintak maaf bru ader mase nak update blog nih.

Dah nak ujung2 bulan biase,biase lah bz ckit.

Tlg mak wat kueh lagi,setle kan tempahan sume.

Next week dah stat nak kemas umah dah.

Bilik aku tuh macam biase setahun skali bru nak bersih kan.

Ntah jumpe hape ntah lagi.

Aku tgk surat aku antar macam problem je ek.huhu
Bape org je dpt.huhu
Aku x tau mane silap aku.
Mintak maaf lah klo ader problem ke,mungkin dah xde rezki kot.
Kot2 salah aku kot,sbb aku pun first time antar2 surat nih.
Aku salah tulis alamat ke,ape ke..huhu..
Sape yang dah dpt,Alhamdulillah...

Xsabar nak RAYA!!!!!!!
ahahaha....
Aku ader bace satu cerite nih..Meh nak share..



Jam 6.30 petang.

Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “ Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian,

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”

Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.

Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Ateh menjawab, “Entah.”

Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.

Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.

Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.

Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.

Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.

Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"

Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .

Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.

Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.

Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.

Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.

Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.

Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.

Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.

Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.

Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah , “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak p ayah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”

Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.

Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.

Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..

Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,

"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "

Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."

"Ayah, ayah ....bangun." Suara Ateh memanggil ayah . Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa perasaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah . Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?



Biler aku bace nih,sebak hati aku..

Rase air mata nih mcm mengalir jerk.

Dalam hidup aku memang mak paling penting.

Tapi kadang2 aku ader gak terkasar bahasa,wat x dgr ape mak aku suh.

Tapi mak memang baik.Sanggup berkorban ape sahaja.

Melayan kerenah anak2.

Itu lah skang nih aku rajin je tolong mak aku.

Bulan puasa nih pulak,abah slalu xdpt buka umah,coz ader ajar tusyen petang ngn malam.

Aku lah teman mak aku ngn adeq aku.

Aku terpakse tolak tawaran mmbr2 aku nak buka luar.

Xpe lah..Lain kali ley buka kat luar kan.

Sian mak aku,sume orang dah buka kat luar.

Aku tau selame nih aku bukan anak yang baik,tapi skang aku dahh makin rajin.

Ader ar gak aku x pat tolong mak aku,tapi ok lah ckit..Ringan cikit beban mak aku.

Bila aku bace artikel nih,gler sdey....

Hidup aku memang banyak bergantung kat mak aku..huhu..

Ari tuh pun bli baju raya,aku saje je suh mak pilih kan..Sume lah..Dari baju melayu,tshhirt sampai suar suh mak aku yang plih,

Xkesah lah org nak pgl anak mak.

Memang aku anak mak!!


Dah nak dekat dah kan raya.

Umah aku nih ppun dah lame x pasang pelita.huhu.

Main mercun memang x ar.

Nanti aku wat kad raya on9...

Nanti kan... =)

Saturday, August 13, 2011

Pengumuman


Aku,Muhammad Faiz Asyraf bin Bahrudin nak wat pengumuman ckit..
Kepada nama2 yang berikut sila tampil ke hadapan..

9-Damia Suni

Nama2 berikut telah berjaya memenangi kad raya.
Tahniah..
Kepada nama2 yang dah kene reject seperti

2-Kuda

Nama tersebut tidak mengikut etika surat menyurat..Harap maklum...

Kepada Mira Malek,maaf kerana lambat,kad anda akan di pos..

Kepada 9 nama di atas...
kad raya akan sampai dlm mase 5 hari waktu bekerja..
HArap bersabar...
Sebarang kesulitan harap di sulit kan..
Maaf jika ader terkasar kate..

Dengan ini promosi telah TammaT.



Saturday, August 6, 2011

Yang dah pegi tu,biar lah die pegi

Aku mengenali KAU menerusi KAWAN baik ku
Masa itu,kau tidak lah berapa cantik
tapi hati kau masih SUCI
Masa tu juga aku sangat perlu kan kau
Akhir nya kau hadir dalam hidup ku
Aku sangat GEMBIRA bila bersama kau
Macam kita buat bersama
Kau tidak penah buat aku sedih
Kau sentiasa memberi aku semangat
Tapi aku saja yang BODOH
Aku tak pandai jaga kau
Aku selalu buat kau sakit
Lepas aku mengenali KAWAN BARU
Sebenarnya kawan itu untak kau
Aku tak nak kau sunyi
Tapi sekali lagi aku silap
Aku terlebih layan kawan baru kita
Kadang-kadang bila kerjA,aku tak dapat layan kau
Tapi selama aku kerja,kau paham situasi aku
Kau memang kawan sejati aku
Tapi semalam
.
.
.
.
.
.
.
Kau terseksa sangat
Aku sedih GILA tengok kau terseksa
Aku tak tahu nak buat macam mana lagi
Macam-macam aku dah buat
Tapi kau tetap tidak bermaya
Jadi aku terpaksa menamatkan riwayat kau
Aku mintak maaf sangat-sangat
Selamat tinggal wahai sahabat yang bernama
.
.
.
.
.
.
.
C510a

p/s tension xde hp =(

Thursday, August 4, 2011

Selamat Tinggal..


Skg header aku dah xder kan??tu lah...Aku bkn pandai wat header pun...Tapi di sebab kan dah bosan asek tgk muka aku jer,aku remove...dah lamer gak header nih aku pky...

kredit to KUNO...

aku nak try blajar wat header ar..Sesape yang pandai,ley tlg aku... ;p

Pengalaman Berpuasa

hai sumer..

Aku rase selame korang hidup msti ader pengalaman berpuasa @ bersahur kan..??Yup..aku ader ckit ar pengalaman coz hdp aku byk berada kat umah..MAser aku masuk matrix,yup first time berpuasa jauh dri family,memang besh ar..Bagi aku maser kat matrix plg besh..Sume makanan murah,wlaupun x bape bersih,tapi murah kan,nak wat cmner..Pengalaman berbuka plg besh.. Sume akan berkumpul kat blik aku,agak2 sampai ar 10 orang..Nasi mcm biasa kte org masak sendri..jimat punya pasal lah..Beli lauk je,pastu beli kuah, kuah amek byk2,tapi free..Itu yang besh gler tuh..Ader satu hari tuh,sume org dah ready2 nak berbuka dah,pastu dgr azan cpt2 bce doa pastu minum air..Tiba2 azan benti..Pergh....Tgk2 ader orang azan kat tnds( blik aku dkt ngn tnds) memang syiall ar sape yang azan tuh,dah ar azan kat tnds...PAstu ngn bangga nye sume yakin memang dah masuk azan (sume cover dah termkn)

Itu pengalaman berbuka,klo pengalaman sahur,,yang ni lagi besh..Mcm biase ader ar 7 org tdo blik aku..(dah mcm setinggan dah) Pastu ader satu mase 2 tgh nak prepair sahur(aku mcm biasa xkan bgn nye) tiba2 mmbr aku jerit P@#$#T,3 kali kot,kuat lak tuh..Aku pun terbangun ar, tapi mamai lagi,,,Mmbr aku yang td tdo,trus bgn pegi kat mmbr aku yang jerit td..Perghh..Rupa nye Sup Campell tertupah kat kaki dye..Mau x menjerit dye...Igt balik sume tuh,lawak kot...hehe..

ce cter ckit pengalaman korang...aku nak dgr...hehehe

Wednesday, August 3, 2011

Hobi baru..

Seperti yang korang tau aku ade hobi baru...Download movie..Mula2 tu macam susah jer,macam2 tempat aku cube download movie...mcm kat limewire,torrent...tapi sume 2 x menjadi..Skang nih aku download kat beberape blog yg aku usha...Menarik ar sbnr nye..Aku belajar download dri blog2 ni...


Aku tgk sume cter ader,movie ader,series ader,cter melayu mcm cerekerama pun ader tau..
Aku respect kat dye org..Macam dye orang byk ar link2 nak download mcm fileserve,filesonic,wupload,uploadstation...Tapi fileserve ngn wupload aku xley bkak..xtau lah streamyx ke yang block web nih..Aku skg dawnload gune filesonic ataupun uploadstation.. Sng ar..
Tapi macam filesonic,kene gune premium account tau...Klo nak premiun account free korang like page nih.. Free Premium Account..Setiap account berbeza tiap ari...yang penting korang kene update kat Free Premium Account..

Dua tiga ari ni aku try daunload kat jiwang.org..Puas hati gak download kat sini..Byk gler movie2..Yang penting korang pandai pilih..Ader gmbo cantik,ader yang x,ader yang ley download,ader yang x ley..,Yang penting korang carik leklok k..Penantian satu kepuasan..

Selain movie,korang yang rajin tgk series pun ader gak blog download... Kat web nih http://www.enjoy-tvshows.com...Ni sume series US ader.Kebanyakan yang baru2 lah...

Itu je lah yang aku tau..sharing is caring.Klo pape,tanye,jgn malu jgn segan..Selamat mencuba!!!

Tuesday, August 2, 2011

Dugaan plg besar puasa

hai sume...ok..ape dugaan korang maser bulan puasa nih??makanan??air??Bgi aku sume tuh perkara biasa,tapii korok idung...pergghhh....susah kot nak tahan..dah lah tu hobi plg berjaya aku.. tiap pagi pettang mlm,tiap ari aku wat..Sampai aku korek ley darah kot..haha..Mls ar cter pasal mende nih,kang aku x tahan kang...haha..

Skang nih yg aku perasan,rmai gak mmbr2 aku yang keje maser bulan puasa nih..yes..aku respect kat korang...bgi yang bukak bazar tuh,kuat kan smgt,klo bazaar dkt,aku dtg..Au ngn mmbr2 aku plan gak nak bukak bazar,jual roti john,roti jala....tapi last2 harammm..Angan mat jenin je... Menyirap aku..Skang ni dok umah jer,..Byk gak perubahan yang terjadi bulan puase nih.. Macam2 lah..

Syarat-syarat Puasa

Terbahagi kepada 2 :

1) Syarat-syarat wajib

2) Syarat-syarat sah

Syarat wajib

a) Islam
b) baligh
c) berakal
d) berupaya(sihat)
e) bermukim

Syarat Sah

a) Islam
b) Berakal
c) Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
d) Niat

Rukun Puasa

a) Niat
b) Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa

Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

Faedah Puasa

a) Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
b) Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
c) Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
d) Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
e) Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
f) Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
g) Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
f) Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang & persaudaraan dalam jiwa manusia

Sunat-sunat puasa

a) Makan Sahur serta melambatkannya
b) Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
c) Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
d) Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
e) Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan
f) Membaca Al-Quran
g) Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

Perkara makruh ketika berpuasa

a) Berbekam
b) Mengeluarkan darah
c) Berkucup
d) Merasa makanan
e) Bersugi selepas gelincir matahari
f) Mencium wangian

Perkara yang membatalkan puasa

a) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
b) Makan dan minum sepanjang hari
c) Muntah dengan sengaja
d) Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
e) Keluar darah haid & nifas
f) Gila
g) Pitam atau mabuk sepanjang hari
h) Murtad

Keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa

a) Musafir
b) Sakit
c) Mengandung & Ibu yang menyusukan anak
d) Tua

Keistimewaan Bulan Ramadhan

a) Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan

b) Allah merahmati orang yang mengimaninya

c) Al-Quran diturunkan dalam bulan ini

d) Iblis dipenjarakan

e) Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.

f) Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan.

Menghormati Bulan Ramadhan

a) Kita hendaklah mengelakkan diri daripada kebiasaan yang boleh merugikan diri kita seperti berbelanja dengan boros,suka berhibur,membuang masa dan bersembang tentang perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah sebaliknya hendaklah kita menyambut Ramadhan dengan azam yang tinggi untuk memperbanyakkan ibadat bagi menyucikan jiwa.

b) Kita hendaklah berusaha menyediakan diri untuk menjaga benih-benih amal yang kita tanam di bulan Ramadhan kerana seseorang yang menanam benih jika tidak membaja,menyiram serta memelihara pasti tidak akan mengeluarkan hasil yang baik di masa hadapan.


11 Amalan Bulan Puasa:

  • Ke utamaan sahur dan mentakhirnya selama tidak khuatir akan terbit nya Fajar
  • Segera berbuka puasa apabila sudah masuk waktu berbuka
  • Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berbuka
  • Menjauhi perkara-perkara bertentangan dengan ibadah puasa
  • Bersiwak atau menggosok gigi
  • Bermurah hati dan banyak menderma
  • Menggandakan amalan membaca dan mempelajari al-Quran
  • Memberi makan untuk berbuka puasa
  • Mendiri kan malam dengan solat sunat(solat terawih)
  • Giat beribadah pada 10 hari terakhir ramdhan
  • Beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan
Sama2 kita buat...yang penting ikhlas...

Puasa Oh Puasa

Assalamualaikum blogger2 dan pembaca2 sekalian..Sudah sekian lamer,nak masuk 3 bulan aku xpnh update kat blog aku nih..Bukan kesepian,tapi mencari angin yg telah lame hilang...Skang ni aku dah ader hobi baru..Sebelum 2 aku nak ucap kan selamat berpuasa pada sume umat islam kat dunia nih..Aku mohon maaf pd sape yg pnh aku wat salah dan silap..tiada yang sempurna dlm dunia nih..Aku nak cter ckit ape yang aku wat sepanjang cuti sem nih..Seperti yang korang maklum,aku keje subway hanya lah 7hari jeer,tpi dgn alasan yang aku bg,gaji tetap aku dpt.. Alhamdulillah...Aku keje kat Restoran Seri Nur Qaseh kat Seksyen7 Shah Alam..Yup..Walaupun jauh dri rumah aku,tapi disebab kan member,aku keje gak kat sane,,Lagi pun aku menumpang je pun naik moto..Kater xder lesen moto kan?hehe..Lame gak ar aku keje kat sane, sampai Sabtu lepas 23 Julai 2011...Mase aku keje situ,mcm2 lah kerenah yang aku jmpe..Ader yang ok,ader yg x ok,ader yang gedik..tapi dah keje kite sbg pelayan restoran,kene gak hormat walau ape perangai die orang..Mase aku keje situ gak,aku ader amek cuti seminggu..Aku keje survey plak..Nanti aku cter kat korang survey pasal aper k?igt kan aku tau..Skang ni dah nak masuk 3 hari kte orang puase,tapi bgi aku mcm biase jer,,dok umah...tlg mak masak jer.. menu aku first day mee kari,kueh gula melaka,murtabak ngn air bandung soda laici..menu 2nd day mee hun sup,roti jala,roti john ngn air strawbery..Mase poser nih biase lah,sume makanan sdap..klo tgh ari tgk jajan dah mcam chicken chop sedap nye,,tpi bile dah buke,nak tgk jajan pun xlalu kn.. Mgu lepas aku pegi cameron highland..Dri selase sampai jumaat,lame kan?? bpak aku ader kursus kat sane,jadi aku menyemak ar nak ikot...Lagipun aku bru lepas benti keje,nak release tension ckit,..hehe..Entry lepas2 ni aku akan cter serba sedikit mase aku g cameron highland tuh..Pasal hobi baru aku plak,hobi daunload muvie..skg ni boley di kata kan byk gak ar dri xppnh daunload kan..Besh gak daunlod cter2 nih...nnt aku cter pasal daunload cter nih k.. Sory lah coz lame gler x update blog nih...skang bru ader semangat nak post cter2 baru... Sekali lagi Selamat berpuasa,..!!!

Thursday, May 12, 2011

~U so spEciAl toO mE~

Misi pencarian



Hari ni memang aku smgt gler,coz ari nih adalah ari untuk mencari kerje..Awal gak ar aku bgn, tapi mcm biase,tdor balik ar...Mane ade kedai bukak kul 9 pagi,xkan kdai baru bukak,aku plak dtg nak mintak keje..X logik sume tuh..Jadi aku isytihar kan misi pencarian keje bermula kul 2..Aku dgn segak bergaya nye,aku igt nak pkai suar pendek je,tapi x sopan lak..Aku pun jalan kaki menuju ke destinasi yang di tuju..Alamak,aku lupa bwk pen,nak ptah balik,buang mase lak,,Aku pun bli pen, aku trus amek,aku igt pen 80sen ke,tgk2 2.90...mahal gler,,Aku pun rase bersalah ar nak bayar,tapi bayar je ar..Destinase pertama,KFC..Jalan depan kfc,ramai org,xjadi ar masuk..Pastu GUARDIAN,aku masuk..Tapi malang nyer keje full time je ader..Aku jalan punye jalan, nampak kedai KING'S,mcm bosan jerk..Aku lalu dpn SECRET RECIPE,leklu..ni last choice aku ckap.. Aku pusing2 dlu..Pegi bank kuar kan duet, pastu jln dpn kdai mamak,xkan nak mintak keje kat sini lak kan..jatuh reputasi sbg mahasiswa..(maaf)..Aku jalan dpn PIZZA HUT,aku jenguk2,tapi aku x masuk..aku jalan jerk..Pastu setelah pkir pnjg,aku ptah balik..Aku jmpe manager,aku terang kan mase bekerja yg aku nak,die setuju..Papehal dier ckap dier nak col..MIntak2 dier col..Aku pusing2 lagi..MCD,ramai custemer ar..Malas..Aku lalu SHUSHI KING, Pekerje mcm xder melayu jerk..Xjadi ar..Aku pusing2 lagi,SUBWAY..waw..macam menarik jerk.. AKu tanyer pekerje 2,Alhamdulillah ader keje kosong..Papehal dier col balik...Pastu aku teruskan journey aku, BAKER'S COTTAGE(btl kan aku eja?) kat lluar ader tulis MEMERLUKAN PEKERJA...Aku masuk ar,..harrraaaaaaaaammmmm xder pun..jalan lagi.. sampai dpn secret recipe,nak masuk ke xnak,,nak masuk xnak..Pastu brrruumm....Bunyi guruh, mksd nyer kene balik umah..AKu pun balik umah dgn harapan yg tinggi pd PIZZA HUT & SUBWAY....

Monday, May 9, 2011

Cuti nih nak wat per???

Aku nak enjoy puas2 gler vavi ar..Sambil 2 kene carik keje besar-besaran...Aku memerlukan duit sgt2....tapi sblm tuh aku nak hbs kan kesemua cter series...Nak mengdaunload cter sampai muntah..Makan??xder mood ar nak mkn...Sebab xder mood?Aku dah lame x gosok gigi coz ubat gigi habis..sume mmbr2 aku pun dah hbs ubat gigi..huhu...

ni antara cter series yg nak di habis kan:

1. House S1-S7
2. Breakout Kings S1 E1-E8
3. Heroes S2-S4
4. My Name Is Earl S2-S4
5. Nikita S1 E1-E19
6. Supernatural S1-S6
7. The Vampiries Diaries S2 E20-E21
8. Prison Break S3-S4
9. Boboi Boy



Peeerrrrggghhhhhh

Keje yang aku tunggu2 selama nih hancuz mcm tuh..Pale hot kakak 2..Kang aku maki2 xpasal2 lak...

ini situasi dier..
aku :Assalamualaikum kak..Ni sya faiz asyraf yang dtg interview ari tuh.
kak si*# :Wslm..yer..dak baru ek??
aku :ye saya..
kak si*# :Xdapat lar.Dak baru memang xdpt..
aku :xdpt ek..Tapi ari tuh ckp kompom kak..
kak si*# : Ari tuh kompom,skang x kompom..Skg nk pkai 60 orang jerk..

WTF....Bkn nak col aku ke ape ke x dpt keje...Sial lar...Nasib baik aku col,klo x col,sia2 je aku datang training jumaat nih...

(maaf klo ader kekasaran bahasa)


Thursday, February 17, 2011

12 Feb 2011



-Dari Mid Sampai Times Squre-
-Hanya Aku Dan Dia je tau-
-Shopping sampai lebam-


thnx Nor Fatihah Binti Ramli..
(h)--skype
ILUSM!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, February 16, 2011

Ape masalah ko??

Tajuk entry nih aku tujukan pada aku sndri..Agak trok ar coz aku dgn sampai hati nyer meninggal kan dunia blog nih dgn suka hati..Dlm sepeninggalan aku nih..Banyak yang menarik telah berlaku..Jalan2 g nenggiri memang besh...hehe..Ni antara gambo2 mase kat nenggiri.. Maaf lah coz xder maser nak cter tentatif pejalanan..mls plak..








Nice job oshin..Ko memang pengarah terbaik ar..Pasni ko kene slalu kdi pengarah ar..haha
Pengalaman yg plg besh gler bavi..Walaupun dlm satu mase agak bosan,tapi kte dpt wat jdi x bosan.Macam2 yg kte belajar,mcm yg kite praktik kan,mcm2 yg kite main..Mainan kanak2 mase skola pun ley sampai kat nenggiri nih..Jajan yg dh lame x mkn pun dah kembali bertaut dlm hati..Nak kater pnt,xpnt pun..MAse nih lah kte lley knl hati budi masing2..Penting kan dri ke, malas ke,penakot ker,x pandai berenang ke, pancit ke..Kentut 2 sume perkara biase sbb kter kat dunia ni xder blik utk kentut kan..Jadi sebar2 kan lah asid2 angin tu tanpa rase segan silu...
Guider yg sgt mcm harammm..Sporting gler,perangai mcm ape tpi bler tau pangkat dye org, pergh...Segan gak kte org..Tapi pengalaman dan pengajaran yg dyer org bgi kt kte amat bermakna..Tapi perangai mcm tu kene lah tgl kan biler dah sampai kolej nih,klo x,org gile lah gamat nyer..Thnx sume..


-Terima kasih guider,terima kasih rakan2 yang turut serta dlm aktiviti jalan2 g nenggiri nih-

Sunday, January 9, 2011

Ape bEza nyer?



Kami adalah orang yg berbeza..
Tapi sy terase mcm sy pun tumpaang menang mase AJL
Tapi suara aku lagi sdap dri Hafiz..haahahha

Saturday, January 1, 2011

1st Entry.


Hmm..Nak cakap ape ek...Kita mula kan dgn Bismillahirrahmanirrahim..Sy akan agak sopan dlm entry kali ini(aku=sy) Hari yg agak bosan lar gak mcm sambutan tahun baru sebelum nih..Sy memang xsuke kuar waktu2 cmni coz akan menyusut kan lagi keadaan yg dah memang kusut..
Walaupun hanya dok di rumah,sy ley tgk bunga api,dri setiap pelusuk dunia...Sy sampai tgk 6 kawasan yg ader bunga api..Tapi malang nye x sempat nak rakam koz berlari2 kuar dri umah..
Waahhh..haziq dah x tkt bunga api dah..Klo tahun lps,die tkt gler..Sampai nyorok mane2 ntah.
Alhamdulillah dye dah brani dah..Sy dgn selamber nyer masuk ke rumah.. Agak sunyi ar coz abg ngn kak2 sy kuar..Sy yg bujang nih je dok umah..Kesah ape sy,lagi best dok umah..Xyah sesak2..

Sy masuk sambung tgk The Vampiries Diaries..Dah nak hbs dah pun..Kejap jerk..Agak awal tdo,kul 3..Koz nak biase kan tdo awal,t nak blek kolej dah..Bangun2 dah kul 11..Yes subuh dah tertinggal..huhu..Trok sy nih..huhu..Bangun2 trus sarapan[dah biase xgosok gg,gosok gg pas sarapan,baru feel] fuhh ader kfc,makaroni smlm..Menarik..Aku melantak ar mcm vampiries ngah isap darah..eeee.arrrggghhhh.Bosan lah cter pasal hari nih..........
Tukar topik...
Azam?hmm..Bosan ar pasal azam..Asal tahun baru je azam,asal azam je new year..
Sy rase nak ubah diri nih ar utk tahun nih..Dari segi rupa ngn segi personality..Nak kurus ngn xnak dah kutuk2 orang dah..Sy cube yang terbaik dah..Xnak hampa kan mak abah lagi.. Huhu..
Nak cube yg terbaik,,,Nak study leklok,,xnak ponteng claz dah..Plish sape2 yang dekat, bagi nasihat..Tukun..tolong sy..huhu..Pas nih dah jarang on9 fb kot..just bukak blog jer,,Sape2 yg nak kontek,kontek kat blog,skype ker..ok,,,

..SELAMAT TAHUN BARU SUME..
..2010 tinggal kenangan..