Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Thursday, August 25, 2011

Lawak!!!



Korang penah tgk x lawak2 mcm kat bawah nih??Aku bru smlm dapat bace lawak mcm nih..TApi serius lawak gler...hahahahahahhaal....terkentut2 aku bace...Antara nya....


dan



Klo korang rase lawak...Nak tgk yang lain? follow link nih

Tuesday, August 23, 2011

Kisah 3 Pontianak

Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.

Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan.

Terus dia berkata : "Nkorang nampak kampung kat seberang bukit itu ?"

Yang dua ekor pontianak tu ngangguk, "Iya, nampak. "Satu kampung tu

itu...habiissss aku kerjakan!!!!"

Angin jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda. Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelebat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah.

"korang nampak Bandar tu ?", katanya dengan muker yg kerek "Iya,

nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa seram," ha ha ha hah".

Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak.

Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjat nya dua

sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya...

Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, "gilaa ahh dia ni tak sempat aku

nak duduk dia dah balik, memang dia paling power". Sambil mengosok gosok idong nya pontianak tu pun berkata , "Ngkorang nampak tembok batu tu ?"

" Nampak! Nampak!", kata yang 2 ekor tu...

"Err tadi aku tak nampak".!!!!!


Monday, August 8, 2011

Nak kAd raYa x??

Firstly aku nak berbangga ngn dri aku nih
Aku dah berjaya wat header sendri
Walaupun wat sampai 2 jam ngn hasil yang x seberapa
Tapi kebongkakan msti ade nye
Paling puas hati lah nih
Thnx kepada youtube kerana mengajar aku
Aku hanya lah insan yang baru nak belajar

Berbalik pada topik kite ye
Aku bagi korang peluang
Ramadhan ni kte kene banyak wat amal jariah
Jadi aku nak bgi hadiah kad raya kat korang
Korang nak x??
Serius aku nak bg kat korang
Cara nya sng saje
komen aku alamat ngn name penuh

Bukan aper,dlm hidup aku
AKu xpnh lah nak antar kad raya kat sesape
Jadi skang ni bru nak berjinak2
Sape yang dpt,memang rezki dye

Selamat berpuasa sekali lagi =)




Sunday, August 7, 2011

Rokok?


10 Sebab Mengapa Islam Mengharamkan Rokok..

Rokok menjejaskan akal (mental)
Rokok membahayakan kesihatan fizikal
Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain
Rokok membahayakan keturunan
Perokok mengganggu orang lain
Rokok menimbulkan akhlak buruk
Rokok mensia-siakan waktu hidup
Rokok bercanggah dengan maruah Islam
Rokok membazirkan harta (wang)
Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)


aku anti rokok,tapi aku x anti perokok..

Wednesday, August 3, 2011

Solat Sunat Terawih

Hukumnya sunat Muakkad (yang sangat dituntut) dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat.

Rakaat Sembahyang Sunat Tarawih

Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunaikan sekadar 8 rakaat sahaja. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap satu kali takbiratul ihram, kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki.

Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih:

(Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala)


Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah tiap-tiap rakaat sembahyang sunat tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu
Dari malam 1 hingga 15 Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takasur hingga surah al-Lahab.

Susunan surah-surah adalah seperti :

1. Al-Takatsur
2. Al-Asr
3. Al-Humazah
4. Al-Fil
5. Al-Quraisy
6. Al-Ma’un
7. Al-Kautsar
8. Al-Kafirun
9. An-Nasr
10. Al-Lahab

Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadan. Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr. Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam- malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah al-Takatsur hingga kepada surah al-Lahab.

Thursday, June 17, 2010

Dalam laut ada sungai



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ” (QS Fushshilat : 53)



“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan Sungai dalam Laut



Allahu Akbar…! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air.” Bila seorang bertanya, “Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran.”



Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.



Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai… luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

Monday, June 14, 2010

Penghijrahan Armada Ikan Pari

Bagai dedaun yang terapung-apung di tengah lautan,
beribu-ribu Ikan Pari kelihatan berkumpul di lautan Mexico.

Kejadian yang memukau ini dirakam ketika
armada makhluk-makhluk ini melakukan penghijrahan.

Dengan meluncur di bawah ombak,
ia mengubah lautan biru menjadi kuning keemasan.

Seorang jurugambar amatur, Sandra Critelli merakam foto indah ini.

Katanya,
Seperti lukisan.. permukaan air seperti dipenuhi
dedaun musim luruh yang melayang ditiup angin.



[Image: 39032995.gif]
Banyak jumlahnya.. menjangkau ke ribuan angkanya!


[Image: 90439905.gif]
Berukuran lebar kepaknya 2.1 meter,
ia meliputi seluruh kawasan sekitar

bukan sahaja di permukaan,
malah terdapat yang bergerak di lapisan-lapisan bawah.


[Image: 56307379.gif]
Pada waktu penghijrahan, sebanyak 10,000 ekor ikan pari
akan bergerak dalam satu angkatan.


[Image: 29098492.gif]
Bismillahirohmanirohim...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah kejadian langit dan bumi
serta segala yang Dia biakkan pada keduanya dari makhluk-makhluk yang melata dan
Dia Maha Kuasa menghimpunkan mereka semuanya apabila Dia kehendaki (melakukannya)."

(Asy-Syura 42:29)

Tuesday, June 8, 2010

Pasar kereta api Maeklong


Dalam kebosanan cuti yang x berduit..Aku amat tertarik dengan sedutan Majalah 3 pd tarikh 29mEi2010..Sedutan pasal Pasar kereta api Maeklong..Aku tertarik giler coz boleh ader pasar kat tgh2 landasan kereta api..Giler ape cmtu kan.."Pasar kereta api Maeklong yang menarik ini terletak di Mae Klong, Samut Songkhram, Thailand...Kereta api komuter no 4382 dari Mae Klong menuju ke Ban Laem akan melalui pasar kereta api ini.. Lembaga Perlancongan Thailand mempelawa peminat kereta api ke pasar kereta api yang terletak di tengah Thailand ini.Perjalanan bermula dari Stesen kereta api Wong Wien Yai di Thonburi di sebelah barat Sungai Chao Phraya. Kemudian melalui Sungai Tha Chin menuju ke Stesen kereta api Ban Laem. Dari situ menuju ke Mae Klong (Samut Songkram). Ia dikenali sebagai Mahachai, yang terletak di sebelah Teluk Siam / Teluk Thai. Namanya diubah kepada Samut Sakhon sejak Raja Rama IV.."- di petik wikipedia...
Landasan kereta api dijadikan tapak perniagaan oleh penduduk Siam untuk berniaga buah-buahan, makanan, pakaian dan sebagainya. Gerai-gerai beroda digunakan supaya dapat dialih-alihkan apabila loceng keselamatan kereta api dibunyikan. Kereta api bergerak agak perlahan memandangkan ia baru mula keluar dari stesen kereta api. Peniaga sudah siap sedia mengubah gerai-gerai mereka agar tidak ada kemalangan berlaku. Kanvas mudah alih turut dipindahkan sebentar sementara kereta api lalu. Ada yang membiarkan sahaja buah-buahan dilalui oleh kereta api kerana telah dipastikan tidak mengenai lantai dan roda kereta api. Mereka cukup tahu tentang lebar, panjang dan ketinggian lantai kereta api....
Jadi,aku rase aku nak melancong kat thailand tgk pasar unik nih,..